Our Education
SEKILAS PANDANG – PENUBUHAN KNOWLEDGE GARDEN LEARNING
CENTRE (KGLC)
Orang
pelarian Rohingya (Myanmar) tidak mempunyai dokumen sah disisi undang-undang
Malaysia. Kebanyakan orang pelarian Rohingya sudah berdaftar dengan UNHCR dan
membolehkan mereka mendapatkan bantuan kewangan dan akses perubatan di hospital
dan pusat perubatan kerajaan dengan kadar separuh harga. Namun, masih terdapat
sebahagian yang masih belum berdaftar dan ini menjadikan mereka hidup dalam
keadaan terumbang-ambing.
Dari
aspek pendidikan, khususnya kanak-kanak orang pelarian Rohingya masih berada
dalam keadaan daif. Kanak-kanak Rohingya tidak mempunyai akses pendidikan
secara formal atau di sekolah-sekolah kerajaan. Ibu-bapa Rohingya juga tidak
mampu untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah swasta
dan antarabangsa kerana kadar bayaran yang tinggi. UNHCR dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) membuka dan menawarkan sekolah alternatif atau pusat
pembelajatan, namun ia amat terhad. Tidak semua anak-anak Rohingya dapat
dimasukkan ke sekolah-sekolah tersebut akibat beberapa faktor seperti jarak
sekolah yang jauh dari kawasan penempatan mereka serta fasiliti yang terhad.
Akibatnya,
ramai anak-anak Rohingya yang tidak mempunyai akses pendidikan serta peluang
untuk menikmati suasana pembelajaran seperti yang dinikmati oleh kanak-kanak
seusia mereka. Malah, kebanyakan kanak-kanak ini masih tidak dapat menguasai
pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan ini sangat membimbangkan.
Pendidikan
merupakan gerbang yang perlu dimanfaatkan oleh generasi muda orang pelarian
Rohingya agar dapat keluar daripada dilema dan kesengsaraan yang dihadapi etnik
Rohingya sejak berpuluh-puluh tahun. Dengan pendidikan, generasi muda Rohingya
boleh mengimpikan dan menikmati apa yang dipanggil ‘penyelesaian berpanjangan’
yang sebenar.
Menyedari
hakikat ini, Ethnic Rohingya Committee of Arakan Malaysia (ERCAM) berhasrat
untuk menubuhkan sebuah pusat pembelajaran bagi kanak-kanak Rohingya khususnya
di kawasan sekitar Seri Kembangan, Selangor. Selepas beberapa siri perbincangan
dengan sokongan individu-individu serta NGO tertentu, ERCAM akhirnya berjaya
menjayakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, sebuah pusat pembelajaran telah
berjaya dijalankan dengan nama Knowledge Garden Learning Centre (KGLC)
JAWATANKUASA KGLC-ERCAM
Knowledge
Garden Learning Centre (KGLC) merupakan sebuah pusat pembelajaran dibawah
kelolaan ERCAM. Untuk melicinkan perjalanan dan pentadbiran pusat pembelajaran
tersebut, sebuah jawatankuasa yang diwakili oleh ahli jawatankuasa ERCAM
sendiri telah ditubuhkan pada Januari 2013.
PUSAT PEMBELAJARAN KNOWLEDGE GARDEN & PELAJAR
KGLC
terletak di Seri Kembangan, Selangor dan bersebelahan dengan pejabat ERCAM.
KGLC mempunyai kawasan persekitaran yang tenang dan mempunyai ruangan legar
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar untuk aktiviti luar dan riadah.
Kini
KGLC mempunyai 5 orang tenaga pengajar. Tenaga pengajar pertama memberi tumpuan
kepada subjek-subjek teras akademik seperti pengajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu, Matematik, sains, Arab, Quran, Islam dan Bahasa Inggeris .
Sementara tenaga pengajar kedua memberi tumpuan kepada pengajaran berkaitan
agama. Buat masa ini, KGLC tidak mengikut standard pengajaran dan pembelajaran
formal seperti yang ada di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
mahupun sekolah alternatif lain akibat kekurangan sumber buku rujukan/teks,
bilangan tenaga pengajar dan fasiliti awam lain.
KGLC
kini mempunyai pelajar seramai 102 kanak-kanak Rohingya yang dipimpin oleh lima
orang tenaga pengajar dan sokongan oleh jawatankuasa KGLC. Tidak semua pelajar
tinggal disekitar Seri Kembangan. Terdapat sebahagian pelajar yang tinggal
dengan ibu-bapa mereka di sekitar Kajang, balakong dan Serdang. Kesemua
kanak-kanak ini tidak mempunyai akses pembelajaran dikawasan sekitar mereka.
Oleh itu, jawatankuasa memutuskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan
kepada pelajar-pelajar yang tinggal luar Seri Kembangan bagi membolehkan mereka
mengikuti sesi pembelajaran yang diinisiatifkan oleh KGLC.
Sehingga
hari ini, tiada kadar khusus dikenakan untuk menghantar kanak-kanak Rohingya
untuk menghadiri sesi pembelajaran di KGLC. Namun, memandangkan pusat
pembelajaran ini baru dibuka dan memerlukan dana awal untuk menampung
perbelanjaan, ibu-bapa secara sukarela membayar berdasarkan kemampuan mereka.
KEWANGAN & SUMBANGAN
Sehingga
hari ini, KGLC tidak menerima sumbangan khusus berbentuk kewangan bagi
menampung perbelanjaan KGLC daripada mana-mana agensi kerajaan dan NGO. Sumber
kewangan bagi operasi permulaan KGLC berdasarkan sumbangan dan wang pendahuluan
yang diperolehi dari ahli ERCAM dan individu-individu tertentu secara
one-off.
ERCAM
dan jawatankuasa KGLC bergiat aktif mencari inisiatif untuk mendapatkan
sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan kebajikan keagamaan,
pihak swasta dan korporat serta NGO untuk meringankan beban kewangan yang
ditanggung pihak pengurusan KGLC dan ibu-bapa pelajar.
Di
bawah adalah tentatif (anggaran) perbelanjaan bulanan bagi pengurusan KGLC
secara asas (basic estimate). Bagaimanapun, anggaran tersebut berubah mengikut
bilangan pelajar yang dijangka meningkat dari semasa ke semasa.
Anggaran Perbelanjaan Berterusan (bulanan)
Expenditure
|
|||
No
|
Descriptions
|
Amount
|
Remarks
|
1
|
School
rental
|
2,000.00
|
|
2
|
Teacher
salary
|
5,000.00
|
|
3
|
Staff
|
1,000.00
|
|
4
|
Driver
salary
|
1,000.00
|
|
5
|
Transportation
|
800.00
|
|
6
|
Utilities
|
550.00
|
|
7
|
Cleaner
|
800.00
|
|
8
|
Chairman
home rental
|
500.00
|
|
Total
|
11,650.00
|
KGLC juga berterima kasih kepada NGO serta individu-individu tertentu yang
membantu dalam pemberian sumbangan yang berbentuk bukan kewangan seperti
peralatan persekolahan (buku, bag, buku teks, peralatan menulis dan
sebagainya).
Kami
amat menitikberatkan soal ‘ketelusan’ dan ‘kebertanggungjawaban’ dalam
menguruskan dana dan sumbangan awam. Oleh itu, kami kini sedang mengemas kini
dan memperbaiki sistem pengurusan dan laporan kewangan bulanan yang akan
membolehkan orang awam atau mana-mana institusi untuk mengakses laporan
kewangan.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Seperti
yang telah dijelaskan, KGLC masih belum menerima sumbangan kewangan dari
mana-mana institusi untuk menampung perbelanjaan (berdasarkan anggaran bulanan)
serta kemungkinan kenaikan kos perbelanjaan bergantung bilangan pelajar. KGLC
sedang mengemaskini maklumat dan pengurusan pusat pembelajaran untuk tujuan
mendapatkan dana. Sementara itu, pusat pembelajaran KGLC perlu terus berjalan
bagi membolehkan kanak-kanak Rohingya menghadiri sesi pembelajaran.
Untuk
menampung perbelanjaan (interim) ini, pihak KGLC mengalu-alukan sumbangan dari
orang awam (secara individu) atau mana-mana organisasi yang prihatin untuk
membantu mengurangkan beban yang ditanggung.
Pihak
kami juga mengalu-alukan sumbangan yang bukan berbentuk kewangan seperti
peralatan sekolah, pakaian dan barang-barang asas. Pihak KGLC juga
mengalu-alukan sukarelawan untuk menjadi tenaga pengajar atau apa juga peranan
yang dirasakan perlu di pusat pembelajaran kami.
Pihak
KGLC menyediakan beberapa cara bagi memudahkan anda membuat sumbangan.
Sumbangan menerusi perbankan atas talian dan secara
fizikal
Bank : CIMB Bank Berhad
No.
Akaun : 7614662135
Penama : Prof Dr. Azizah Kassim & Dr Ruhanas Harun
Bantu Kami Memanjangkan Talian Sumbangan
Kongsikan
link dibawah di laman rangkaian sosial anda!
Facebook : (Sedang dikemaskini)
Twitter : (Sedang dikemaskini)
Blogspot : http://ercam.blogspot.com/p/kno.html
Comments